Sabtu, 28 Jun 2008

Pemuda Kena Berani.......

Langkawi.

Hari selesai sudah majlis penyerahan fail mesyuarat kepada kesemua 80 cawangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Langkawi.
Lepas ni bolehlah bersidang dengan penuh tertib walaupun ada kehangatan pemilihan tampok kepimpinan cawangan dan bahagian.
Dengar cerita ramai tetamu yang hadzir dari dalam dan luar Langkawi. Baguslah. Di kalangan pemimpin lokal yang tak dapat mai termasuklah Ketua Puteri dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian, YB Dato' Nawawi.

Yang kita tabik Ketua Pemuda Padang Terap,
Ketua Pemuda Pendang, Ketua Pemuda Pokok Sena turut hadir tanda sokongan. Bukan tu saja , beberapa Ketua Pemuda dan beberapa bahagian UMNO Selangor, Wilayah dan Seremban turut sama dalam majlis tu.


Yang tak mai kita pun tak tau pasal apa. Tak kan tak sokong aktiviti dan gerak kerja Pemuda kot! Atau lebih manis depa pada masa tu kalut sikut kot.

[4.jpg]

Calon Ketua Puteri UMNO Bahagian, sdri Rosma turut serta dalam majlis pemuda. Termasuklah Ketua Pergerakan Wanita. Tahniahlah. Macamni la kita nak tengok.......Komitmen.


Tetamu jemputan ialah Dato'Seri Dr.Mohd.Khir Toyo, mantan MB Selangor selama 8 Tahun; yang disebut-sebut akan bertanding menawarkan diri sebagai pejuang dan pendokong Pergerakan Pemuda yang kini kelihatan semakin longlai dan lembik. Bukan saya kata...tapi orang ramai yang kata. Betul ke?



Bagus juga kalau ada pertandingan. Bolehlah khalayak memilih antara dua darajat :- anak kampong yang berani dan berwawasan dengan anak bekas PM Malaysia yang pi balik sekolah pakai drebar.

Pemuda memerlukan keberanian dalam perjuangan bukan setakat mendokong saja. Kita mau pemimpin lahir dari adunan kepayahan, ujian, cabaran. Dan yang lebih penting pemimpin tu mesti berjiwa pejuang Melayu. Yang lain-lain tu ....ANDA fikirlah sendiri.

Tiada ulasan: