Ahad, 18 Januari 2009

Terengganu - Jauh di mata

Kuala Terengganu - Jauh di mata jauh di hati

Lama Pak Su tak menulis.....hampir beberapa minggu. Bukan tinggal terus tapi banyak tulisan Pak Su sumbangkan ke blog kekawan.
Keputusan pilihanraya kecil P038 Kuala Terangganu telah diketahui umum. Sudah jelas dan nyata bahawa, bahawa UMNO dan BN ditolak sebahagian rakyat. Fonomena ini semakin berkembang biak macam bunga kembang semangkok. Pasai apa jadi lagu tu. Pasai apa orang Tengganu tolah UMNO tolah BN. Siang malam Tok Najib ada kat sana....tengok dan selesai masalah rakyat, umum itu umum ini....pendek kata macam-macam yang ada kaitan dengan penduduk setempat dan negara umumnya.

Semua pakat berkempen ahkirnya Pakatan Rakyat juga yang depa pilih. BN tok kiralah...saluran apa yang kita tak guna...Radio, TV, pentas ceramah, ceramah rumah ke rumah, dan bermacam lagi. Tut-tut PR juga yang depa undi. Nak kata apa lagi orang yang kalah....kita akan kaji punca kekalahan, kita akan terus bekerja kuat, kita akan teruskan proses meremajakan parti, dan macam-macam lagilah yang kita akan itu dan akan ini............

Langkawi....
Macamlah juga di Langkawi. Setelah mesyuarat bahagian selesai sampai lani tak nampak pun agenda yang mampu membuat pewakilan tersenyum puas. Ada la kot satu dua yang depa buat. Kerja buat ni bukan boleh ikut musim....kena buat sepanjang tempoh berkuasa secara berkala. Buat buat macam melepas batok kat tangga.

Jawatan kuasa biro bahagian yang diberi kuasa patut guna kuasa untuk anjur program. Bukan setakat pi mai mesyuarat dan sambut orang besar sana-sini. Bukan program peknga. Orang UMNO nak lihat, pewakilan nak tengok, pengundi nak tengok dan bakal pengundi juga nak tengok dengan mata kepala depa apa wakil rakyat kita boleh dan mampu buat, Bagaimana permasaalahan mereka dikenal pasti dan diselesaikan dengan sesegera mungkin. Bagaimana peluang ekonomi terus diwujudkan dan dirancakkan. Pendek kata. Kalau wakil rakyat, ketua bahagian bijak sana dan bijak sini rasanya program masyarakat akan jadi padat dengan bergerak aktif dengan mengerakkan setiap biro. Kalau yang pegang biro mandom..........mandomlah jadinya. Kalau yang pegang teraju tu cedas........cedaslah jadinya.

Bila semuanya mandom kesannya seperti berlaku kat Terangganu. waktu tu nak buat apadah....air mata darah pun tak berguna lagi. Nasib baik PAS kalau DAP cam mana? Sebab tu kita kena tak boleh jadi mandom. Takut nanti dalam pilihanraya akan datang orang akan terus beraleh arah......termasuk orang-orang UMNO sendiri.

Bagi Pak Su.....................beras secupak kita kena buat supaya dia jadi segantang.



Selasa, 30 Disember 2008

Apa Orang Luar Kata......

Assalamualaikum. Apa khabar semua. lama Pak Su tak menulis. Kalut sikit lani.....dok tumpu kat benda lain. Nak buat lagu mana....bab cari makan kena utama dulu....rezeki kena halal cara dan halal terima. Tak boleh main sauk saja. Tuhan nampak. Tak boleh pegang prinsip matlamat menghalalkan cara.
Pak Su terjumpa satu komen yang ada akaitannya dengan Langkawi. Pak Su copy dan muat dalam blog Pak Su tanpa edit. Mudah-mudahan kita mendapat sedikit ilham dan pengajaran, insyaallah.



Kursus Website hanya RM90 sahaja
Harga Minyak Turun, Tambang Bas & Feri Langkawi...???
Dilulus terbit pada Friday, December 19 @ 07:42:07 MYT oleh TokPenghulu

Artikel Oleh malaysiabiz-aloha2

 Salam sejahtera...
Kali ini, ringkas saja aku nak coretkan...dulu masa harga minyak dinaikkan oleh 'mat ngantuk'...ramai pengusaha bas ekspres mohon kenaikkan tambang bas...belum sempat di luluskan, sudah ada yg menaikkan tambangnya...

Sekarang rakyat sudah dijamu dgn penurunan harga minyak buat kali ke-7, kita masih lupa pada tambang bas ekpres? Tak ambek peduli..??? Kerana anda punyai kenderaan sendiri? Bagaimana golongan pertengahan dan bawahan menghadapi situasi masalah ekonomi global ini jika kita tak endahkan harga yang juga sepatutnya perlu d umumkan turun...???

Jangan lupa tiket feri ke langkawi juga telah di naikkan hingga Rm23 dari Kuala Kedah - Langkawi...seingat aku dulu dari Rm15 naik ke Rm18 dan seterusnya sekarang dah Rm23.

Nak tunggu sampai harga Rm50 baru nak sedaq mahai..???
Siapa cakap feri rugi jika harga Rm15, travel ejen dan ulat tiket boleh menerima upah hingga 10% diskaun atau 1 free tiket utk jumlah group 10 org...kalau rugi, takkan dia boleh bagi mcm tu? tak kira la hampa nk ckp ni bisnes...setahu aku, skrg feri langkawi full sentiasa di setiap trip perjalanan pergi dan balik.

Bagi feri ke langkawi, aku beri cadangan agar tiket hanya di buat sehala dgn harga munasabah...contohnya, jika perjalanan dari Kuala Kedah -Langkawi, harga tambang Rm35..mereka pula perlu tunjukkan semula tiket yg di beli dari Kuala Kedah ketika menaiki dari Langkawi...manakala yg membeli tiket di Langkawi perlu berbuat demikian di Kuala Kedah...

Siapa cakap tak boleh?
Pelancong yang masuk Langkawi takkan tak keluar2..??? Manakala penduduk Langkawi yg keluar urusan di tanah besar, takkan tak balik ke Langkawi (kecuali mati di tanah besar)... Buatkan syarat tiket sah utk sebulan ke, 2 bulan ke atau 3 bulan ke dari tarikh dibeli...Di Penang contoh terbaik, naik feri atau jambatan hanya bayar sekali saja...balik confirm free...apa? Langkawi banyak laluan? Kuala Perlis, Pulau Pinang, Kuala Kedah & Thailand?

Jangan la jadi BONGOK...
selaraskan la, mana2 individu yg masuk dari kuala perlis nak keluar ikot pulau pinang di kecualikan tiket return...dia ambil la one way ticket..tp jgn harga Rm23 dari kuala kedah, cukup setakat Rm18 one way...bagi laluan masuk dari Pulau Pinang, Kuala Perlis & Thailand ke Langkawi...runding harga dulu, sebelum 2x kenaikan dgn pengusaha feri..

Hampa exco kerajaan negeri kedah pikiaq la, takkan tu pun aku nak bagi cadangan, kalau semua aku habaq...baik aku jadi exco, hampa pi masuk hutan cari tgk kawasan balak dan kuari...tak pun pi danok jumpa 'penghulu'-abg LID utk runding2 lagi macam mana nak tukar kerajaan negeri...maklumlah percubaan yang lepas dah gagal..!!!

Mengenai tiket feri ni, tipu sangat la kalau pengusaha cakap rugi...mereka semua'taikun' besar dari Klang, Sarawak dan Sabah dlm perkhidmatan feri...kecuali 'seraya bayu @ seri bayu' (kalau tak silap) taukey bumiputera dari Pulau Pinang...lupa namanya, maklumlah lama dh tak ke Langkawi...dulu tahu la pasal aku kerja lebih dari 4 tahun di sana, info ini pun aku terima dari teman aku yg selalu komplen mahal harga tiket walaupun minyak dah turun banyak kali...

Berbalik pada tambang one way..ada ka org parking kereta kat kuala perlis masuk langkawi, tapi bila nak keluar, ikot kuala kedah n naik bas dari 'sahab perdana' alor setar ke kuala perlis, ambil semula kereta? hehehe, mungkin dia sewel kot...so, ada akal dan otak, lu orang pikir lah sendiri..!!!

Ahad, 19 Oktober 2008

Dayung sudah di tangan; Perahu sudah di tambatan

Ahad, 18 Oktober, jam 11.45 malam.

Petang tadi selesai sudah UMNO Langkawi bersidang. Macam tahun-tahun yang lalu. Mesyuarat ikut agenda dan berjalan lancar. Tahniah kepada perwakilan dan juga kepada pengerusi tetap persidangan kerna kerjasama yang dapat diterjemahkan dengan wajar.

Seramai 359 perwakilan mewakili seluruh pusuk cawangan dapat hadir menunaikan tanggung jawab mereka. Macam-macam fesyen....maklumkan tahun pemilihan. nampak ramai yang sibuk, kalut.....ramai juga yang buat-buat sibuk dan buat-buat kalut.

Paksu tak teringin nak ulas pasal bab calon mencalon ni. Itu hak perwakilan nak calon siapa yang depa fikir sesuai. Hasrat akar umbi katakan.

Yang Paksu nak sentuh pasal proses pengiraan undi. Mungkin ramai sangat calon yang dicalonkan dan menerima pencalonan....sehingga menyebabkan keputusan pengundian hanya dapat dibuat pada jam 11.50 malam. Meleleh peluh orang yang kira undi.....meleleh peluh wakil-wakil calon......apatah lagi puak-puak UMNO yang bertanding. Regu mana yang akan bertepuk sorak, regu mana yang memendam rasa. Itulah adat bertanding....ada kalah menang.

Yang menang tahniah diucapkan. Banyak kerja buat menunggu anda. Orang nak tengok manifesto lobi yang dibawa....PEMBAHARUAN. Kena mula lah buat kerja pembaharuan.... Yang tak elok pada sudut pandang anda yang telah dibuat oleh team lama....eloklah ambik pengajaran. Ahli UMNO akar umbi nak tengok siri pembaharuan yang nak dibuat. Paksu rasa kita kena bagi masa pada team kepimpinan bahagian yang baru..buat persediaaan . Tapi janganlah ambil masa panjang sangat....nanti orang meluat.

Dengar cerita dah ada team baru akan dibentuk menjelang pemilihan 2011 nanti. Siapa puak-puak tu pulak. Puak mana pulak Paksu? Tanya seorang rakan Paksu dari Kepulauan. Ada la....dengar kata depa nak tunggu 6 bulan....nak tengok takwim agenda bertindak kepimpinan baru bahagian. Kalau tak dak juga...dengar ceritanya depa nak lancar BERJASA - satu badan bertindak UMNO peringkat akar umbi untuk mencabar kepimpinan masa kini pada 2011 nanti. Kalau betul lah.....ada baik ada buruknya. Yang baiknya ini menjadi peringatan kepada kepimpinan baru agar segera bertindak. Yang buruknya UMNO langkawi akan ujud kumpulan arah pendekatan yang berbeda. Berwawasan kumpulan ini. Bagi Paksu buatlah apa yang baik u ntuk orang-orang Melayu Langkawi. KIta kena kembalikan maruah kita dan pastikan orang akan terus menyokong kita dalam pilihanraya yang akan datang. Pemimpin datang dan pergi. Survival bangsa dan parti harus diutamakan.

Biarlah kepimpinan baru buat kerja. Banyak cabaran kerja menunggu mereka. Kita nak lihat biro-biro UMNO Bahagian hidup dengan program yang selari dengan hasrat UMNO pusat serta hasrat setempat. Kita nak lihat soal ekonomi serta agenda pendidikan diberikan keutamaan. Kita nak lihat pendekatan Islam sebagai satu cara hidup dapat diterjemahkan dalam bentuk tindakan. KIta tak mau dengar alasan.......kita tak mahu dengar lagu lama. Kita berharap Ketua Bahagian yang baru serta teamnya yang telah diset dari awal lagi akan mendapat hidayah dan petunjuk ke arah kebaikan.

Paksu..turut teruja nak menanti agenda pembaharuan kepimpinan UMNO Bahagian yang baru.
Selamat berjuang.....selamat berkhidmat. Pada team yang lama ....terima kasih atas segala kebaikan yang telah anda perjuangan. Muga mendapat keredhaaan dari Allah SWT jua.


Hingga jumpa lagi.....

Dayung sudah ditangan......

Langkawi 18 Oktober 2008.
Hari ini para perwakilan UMNO akan sekali lagi menunaikan tanggung jawab mereka sebagai ahli UMNO yang mewakili semua cawangan ke mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Langkawi. Paksu tak pasti kali yang keberapa. Maklumlah dulu UMNO Langkawi bercantum dengan dengan Bahagian Jerlun. Sejak dipisahkan dari Jerlun, UMNO Langkawi bergerak dengan sendirinya. Banyak onak dan ranjau telah dilalui. Rasanya banyak juga pengalaman serta asam garam politik telah dilalui. Dan kalau tak salah Paksu; di Bahagian Langkawi kita baru diketuai oleh 2 orang ketua bahagian.

Zaman berlalu masa beredar.....dunia makin seronok, kita makin tua. Yang dulu kita pegang kepada, yang kita dukung...la depa dah besar panjang, dah besar lebar. Cita rasa golongan muda turut berubah. Kita kena selari dengan depa. Kita kena faham dengan kehendak, kemahuan dan keperluan mereka. Kalau kita gagal memahami perkara ni....banyak rentetan masalah akan timbul yang barangkali akhirnya sukar untuk dirungkai.

Hari ini para perwakilan akan dituntut berfikiran matang. Kita nak tentukan senario politik tempatan dan juga di peringkat pusat. Ini kerja penting. Bukan boleh pangkah ikut rasa, ikut kawan atau ikut cakap. Kita kena mengundi mengikut keperluan.....kita kena mengundi untuk kemajuan yang berterusan.....kita kena mengundi untuk pembaharuan pendekatan. UMNO Langkawi memelukan lonjakan berganda. Ahli UMNO Langkawi memerlukan barisan kepimpinan bahagian yang seimbang, bermotivasi tinggi, mampu merancang dan bertindak pantas, berorientasikan tindakan dan keputusan. KIta tak mau yang matmut...lembab macam kura-kura....slow daya fikir.

Apapun kita tunggulah keputusan yang akan ditentukan oleh para perwakilan. Tapi yang ralatnya.....kata kawan Paksu; tahun ni depa dah buat 'group rangking'. Bagi Paksu buatlah....asalkan matlamatnya dapat menghasilkan team yang mampu bertindak bukan mampu bercakap sahaja.

Paksu jadi pemerhati saja.........................He He he...

Sabtu, 11 Oktober 2008

Corat Carit Mesyuarat Pewakilan Pemuda Langkawi

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam yang dihantar oleh sahabat Paksu yang di hantar untuk dimuatnaikkan ke blog. Katanya gambar ini ikut urutan peristiwa. Minta maaflah mana-mana yang terlebih dan terkurang. nanti kita cuba perbaiki dan buat tambah nilai. He He He......tunggu pembaharuan pada 18 hb.

Cabutan nombor calon.


Mesyuarat terakhir AJK Pemuda


Mesyuarat terakhir AJK Pemuda pada 7.10.2008
Bergambar kenangan dalam mesyuarat terakhir pada 7.10.2008


Bersama Dr.Khir Toyo - calon Ketua Pemuda Pusat 2008 pada 10 Okt 08.

Mendengar penerangan Dr Khir Toyo di Hotel Helang pada 10 Okt 08.

Bersama Datok Mukriz pada 11 Okt 08.

Antata yang hadir dalam majlis bersama Datok Mukriz
calon Ketua Pergerakan Pemuda Malaysia pada 11 Okt 2008.




Blogger bersama Sdr Nadzim dan Datuk Mukriz


Persiapan tempat menjelang persidangan pemuda UMNO.


Pakat buat sikit-sikit.....bagi jadi kerja....antara tugas AJK Pemuda. He He He!

Pak Ku Asri bertindak sebagai Stage Manager.


Antara AJK Pemuda yang akan berakhir era pemuda......


Terlelap YB...letih sangat.....

Pendaftaran Kehadiran perwakilan

Perwakilan Minum sambil berbincang...sapa kena kena pangkah kali ini...He he He


Sausana dalam Dewan Persidangan...sebelum meeting.









Pemuda Langkawi...harapan yang diperbaharui

Tahniah....dengar cerita petang tadi 11/10/2008 pergerakan cabang Pemuda Umno telah selesai bersidang. Ramai juga Paksu dengar orang-orang muda pakat mai. Baguslah. Selama ni partai-partai persaing UMNO memberikan gambaran yang amat salah kepada khalayak diluar sana ..... yang kononya orang muda dah mula lari dari UMNO. Sampaikan ada yang nak tolong baca talkin untuk UMNO. Ternyata itu semua strategi untuk melemahkan moral ahli UMNO yang tak berapa kuat imannya.

Semua orang tahu UMNO kalah di Kedah. Kerajaan BN tumbang. Ayer mata berlenang tok sah kot kiralah. Yang first time jadi calon dan tergolek ramai juga. Kata-kata sinis seperti; kalaulah berok ditaja jadi calon BN pun akan menang kalau lawan dengan mana-mana calon pembangkang dah tak relevan lagi kini. Dulu pakat bersamun nak jadi calon YB. Lani depa kena pikir dua kali. Yang kukuh ekonomi tak pa la. Kalau kalah depa masih ada sumber ekonomi untuk terus bernafas. Yang jadi penyelia Kemas mithalnya.... yang kerja kecik-kecik tu kena fikirlah panjang sikit. Politik patut padan sajalah. Tak payahlah nak terus tanam azam nak jadi YB. Apa yang syok sangat jadi YB Paksu pun tak berapa ngerti. Bila kalah baru terfikir...aku la ni dah tak ade kerja. Nak buat kerja apa nak bela anak bini. Dulu takpa juga.....kalau kalah....busuk2 boleh jadi director dalam mana-mana GLC. La tak dak lah chance lagu tu........


Umno kalah sebab orang tak pangkah UMNO masa pilihanraya lalu. Katanya saluran 4 yang ada sikit masalah. Ya ke? Sikit masalah ke banyak masalah. Badan yang jaga orang muda selama ni buat apa? Nak pi ke Kutub Utara...terjun sana terjun sini....habis duit ringgit banyak juga.....ada ke banyak membantu kepada kelangsungan politik Melayu. Pemuda UMNO Pusat buat apa? Tak kan dok tidoq atas pusat saja kot? Sibuk kot!..........sampai tak dan tengok bab orang-orang muda. Meeting antara depa pun dengar kata jarang buat. Sibuk dengan tugas Menteri....sibuk dengan tugas itu ini, begitu begini. Sesetengah tu sibuk dengan projek......maklumkah nak golongan pertengahan kena la kalut sikit.


Di akar umbi kita faham la sikit-sikit pasai sibuk. Tapi ada juga yang buat2 sibuk.....angkat telefon saja bila berjerembat dengan depa. Siapa dan apa yang depa telefon depa saja yang tau. Yang menyebuk telah lah. Kononnya mereka penggerak, merekalah mastermind....dan macam-macam lagi. Sampai HINDRAF naik tocang pun, Pemuda Pusat tak dan nak keluarkan statement balas.


Bila suara dan masalah orang muda depa ambik main.....ni lah jadinya. Padan muka. Lepas tu kalutlah puak-puak ni buat hipotesis punca kekalahan....nak bentang kat Dato Ketua. Kononnya mereka dah all out. Silap pilih calon la, kena sebotaj la dan macam-macam alasan lagi. Sebab kalah tak bagi cuku kuota kat pemuda. Pemuda jauh hati. Kalu pilih dia jadi calon di kawasan2 tertentu, masalah tak kan timbul. Kalut-Kalut...semua jadi kalut. Ni la bila kita dikelilingi dan fikiran pemimpin diserabuti dengan puak-puak pengampu dan puak-puak projek. Adat la Paksu...nak buat macam mana.....orang kalah mencari alasan....orang menang mencari cara.


Rupanya dalam mencari ketua atau mencari pemimpin ni.....pertama baik, kedua budi dan ketiga pandai. tak kurang penting juga pemimpin tu kena ada masa untuk pergerakan yang dia pimpin. Kalau kalut sangat dengan kerja lain.....baiklah letak jawatan.....atau lebih cantik lagi....janganlah bertanding. Bagilah masa dan peluang kepada orang yang serious nak berkhidmat. Janganlah ada hendaknya nak tawar jadi pemimpin tu dalam mana-mana peringkat sekalipun...tak faham sejarah perjuangan UMNO, tak faham visi dan misi UMNO. Apatah lagi yang tak faham dan sensitif kepada keperluan dan cabaran menanti. Kita nak pemimpin yang proaktif, punya visi dan misi yang jelas dan mampu diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan. Kita mahu pemimpin yang mampu mengerekkan saf jawatan kuasanya seiring serta selari dengan agenda perjuangan Melayu yaitu memartabatkan agama , bangsa dan negara. Kita mahu pemimpin yang berteraskan orantasi keputusan. Kita mahu pemimpin yang berhemah, baik hati budi serta berpegang dan mampu mempertahankan nilai dan budaya Melayu.


Keris telah dihunus....gendang telah dipalu.....perwakilah telah membuat keputusannya memilih kepimpinan pergerakan pemuda bahagian....keputusan telah diumumkan.......kini tibalah saat dan ketikanya untuk kepimpinan baru mengorak langkah panglima, menyusun agenda melaksanakan kata demi kelangsungan bangsa. Inilah masa ketikanya untuk yang tewas untuk terus menyokong segala usaha murni yang bakal dilaksana. Tak usahlah membawa diri seperti lirik lagu Si Sanisah Huri.


Lani siapa yang jadi ahli MT Pergerakan Pemuda harus punya keiklasan dan kekentalan semangat azam dan tekad yang bulat dalam kontrak mengembalikan maruah yang hilang. Bagaimana nak menawan hati golongan muda-mudi.....apa gerak kerja yang sesuai...apa yang patut didahulukan dan apa yang patut dikemudiankan atau apa yang patut dipinggirkan. Itu tugas Pemuda. Biar pemuda fikir.....gunakan ketajaman akal fikiran untuk meyelesaiakn masalah. Jangan biarkan masalah menjadi wabak yang akhirnya orang membacakan talkin Untuk UMNO>


Hingga berjumpa lagi

Ahad, 7 September 2008

Sejarah dan tawarikh .......watak sang sapurba.

Assalamulaikum and very good morning...... Betoi ka tajuk aku kali ni. Biarlah asalkan isinya kira ok dah lah. Kalam pertama orang ramai dan ramai orang boleh terima. Benda yang universal.....boleh diterima pakai pagi dan petang, siang maupun malam. Yang very good morning ni......susah sikit nak diterima pakai. Kita kena tau sejarahnya....baru boleh pakai. Good morning tak boleh diucapkan pada waktu tengah hari ataupun pada waktu petang maupun di waktu lain..selain waktu pagi sahaja.

Apa benda semua ni? Tanya kawan paksu yang tak faham. Bukan dia tak sekolah.....tapi dia keliru dan dikelirukan dengan bahasa yang diputarbelitkan untuk memberi makna dan kesan yang berbeza. Itu lah manusia.

Melayu dan
sejarah peradaban
Orang Melayu kaya dengan sejarahnya. Kaya dengan budayanya. Kaya dengan perwatakannya. Paksu bukannya tau sangat pasai sejarah. Maklumlah paksu orang teknikal.....tak mengaji pasai sejarah sangat. Ada la sikit-sikit ambil tau. Tak mau nanti dikata orang buta sejarah. Nak jadi pemimpin kena tau sejarah. Pemimpin yang tak tau sejarah tak layak jadi pemimpin...... maksud paksu tak cukup sekupang nak jadi pemimpin. Tak cukup ciri-ciri pemimpin. Mau ke tidaknya..... dia kena tau la pasal partinya......Bila ditubuhkan, kenapa ditubuhkan, mengapa ditubuhkan, bila diharamkan, kenapa diharamkan, lama mana diharamkan, siapa yang mengharamkan, siapa pemimpin terdahulu, apakah arah perjuangannya dan sebagainya. Kalau dia tau tentang tu......barulah dia bersedia dan ada ciri jadi pemimpin yang baik.
Tak kira bidang apa dia mengaji....kedoktoran, kejuruteraan, pertanian, perubatan atau apa aje...dia kena tau dan ambil kisah mengenai sejarah......terutamanya sejarah disiplin ilmu yang dipelajari.

Jangan jadi macam orang singapura.....negeri yang pernah dilanggar todak.....satu ketika dulu mereka meletak tepi akan kepentingan bahasa cina/mandarin/hokkien atas alasan rapuh. Mereka mengutamakan bahasa Inggeris sehingga generasi muda tak tau cakap mandarin/hokkien/cina. Hilang kecinaan mereka. Babi pun dah tak mau depa makan....ceritanya. Tapi lani bila negara Tiongkok muncul sebagai kuasa gergasi ekonomi dunia, depa baru kelam kabut...pasai tak ramai rakyat depa boleh menguasai bahasa cina....bahasa komunikasi bahasa perdagangan orang Cina di Tanah Besar China.

Kalau kita selam lebih dalam lagi..........kalau ditanya siapa yang membuka Temasik / kota singa / Singapura.....anda tahu apa jawapan depa? Jawab depa bukan seperti yang kita sangka iaitu Sang Nila Utama, tetapi Sir Stamford Raffles. Depa ubah sejarah....atas kepentingan mereka yang mereka sendiri tahu. Kita tak tahu kenapa dan mengapa terjadi begitu. Sebab itulah mereka dengan menggunakan kebijaksanaan berjaya merampas Pulau Batu Putih dari kita yang sejarahnya memang hak Persekutuan tanah Melayu, melalui kerajaan Johor. Bagaimana pula mengenai Tanah Keretapi Tanah Melayu di negara mereka? Ada mungkin ada jawapan awalnya.

Melayu Neutro....Melayu Proto
Melayu sendiri pun ada sejarahnya sendiri di Tanah Melayu...sekarang Malaysia. Adalah dipercayai bahawa kelompok pertama Melayu yang berhijrah dari Tanah Tinggi Yunan satu ketika dahulu bermastautin di Tanah Melayu ..... tapi waktu tu tak lah lagi di panggil Tanah Melayu....apatah lagi Malaya yang kini Malaysia. Kelompok yang besar tu tinggal di kaki bukit, pinggir hutan dan tebing sungai....yang kini dikenali sebagai orang asli; atau orang melayu asli. Ya lah masa itu bukannya moden lagi. Masa tu mana ada kampong macam la. JKKK pun ada, apatah lagi wakil rakyat.

Lepas tu satu kelompok yang lebih besar datang dan bermastautin di Tanah Melayu. Depa tinggal di kawasan pantai dan sekitarnya....dan secara tak langsung menolak kumpulan penghijrah yang pertama tadi jauh ke dalam hutan. Puak yang ni di gelar Melayu Neutro. Puak Proto dan Puak Nuetro tinggal disini sehingga mereka beranak pinak dan berkembang biak dan menjadi penduduk majoriti. Masa tu tak ada puak lain. Tak ada puak Cina ; tak ada puak India. Tak ada penjajah pun lagi.


Pendatang Baru......Cina dan India
Puak Cina dan Puak India hanya dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh penjajah Inggeris ketika negara Great Britain sedang mengalami revolusi perindustrian. Mat Salleh memerlukan rempah ratus serta bijih timah dan sebagainya untuk memenuhi keperluan mereka. Puak pendatang baru tersebut di bawa masuk sebagai buruh kasar untuk bekerja di ladang dan di lombong milik penjajah Inggeris. Itu sejarah kemasukan bangsa Cina dan India ke Tanah Melayu sungguh pun British mula bertapak di Tanah Melayu sekitar tahun 1786 melalui Syarikat Hindia Timur British yang memajak Pulau Pinang dari Sultan Kedah. Sejarah tetap sejarah. Sejarah juga mengesahkan prinsip jus soli dan lex soli diterima pakai untuk mengesahkan kewarganegaraan pendatang sebagai rakyat Persekutuan Tanah Melayu dengan beberapa syarat dan persetujuan yang jelas mengenai Hak dan Keistimewaan Orang-Orang Melayu dan Agama Islam sebagai agama resmi.

Tender dan sebut harga untuk sejarah baru kependudukan.....
Kita tak boleh lupa sejarah. Apatah lagi jika kita berstatus pemimpin partai politik. Pemimpin yang gagal sejarah tak layak jadi pemimpin. Baru-baru baik dalam radio atau TV ramai pemimpin dari parti komponen BN tenyeh UMNO sebagai tulang belakang BN lantaran prestasi merudum BN dalam pilihan raya ke 12. Mereka mahukan pembaharuan dalam BN. Pembaharuan yang macam mana depa mau? Pemimpin UMNO mesti bersikap terbuka. Keterbukaan tidak bermaksud kepentingan Melayu dinodai semata-mata akur dengan tuntutan bertali arus serta tekanan bersistematik pemimpin bukan Melayu terhadap kepimpinan UMNO.

Pemimpin Melayu tidak harus cepat melatah. Sejarah melatah berkait rapat dengan Melayu. Pemimpin Melayu dah hantar seorang bertaraf menteri ke China untuk menjelaskan dan memohon maaf kepada Kerajaan China atas kononnya berlaku perilaku buruk polis kepada seorang warga China yang di tahan di lokap polis. Last-last baru tau tahanan tersebut rupanya rakyat Malaysia sendiri. Kita mau pemimpin Melayu dari First Grade dari segi pemikiran dan tindakan yang sentiasa konsisten. Kita mau pemimpin yang naik dari bawah....yang biasa jadi gurkha.....yang biasa jadi balaci.....bukan dijulang naik atas kapisiti pengaruh seseorang dan stail semata-mata.

Baru-baru ini juga seorang pemimpin Melayu di Bahagian Bukit Bendera, Pulau Pinang digasak dengan komen negatif oleh sebahagian pemimpin utama parti komponen. Sehingga Timbalan Presiden UMNO sendiri membuat kenyataan di media utama yang memohon maaf kepada orang bukan Melayu. Apa cerita ni..........Ramai orang Melayu keliru dan kurang puas hati. Bagus dari satu segi...tapi satu sudut yang lain pula......sekali lagi merujuk kepada latahan melayu. Selang sari Yg.Bhg Datuk Ketua Bahagian membuat kenyataan yang turut disiarkan oleh TV dan akbar arus perdana yang menjelaskan peristiwa sebenar kenyataan beliau yang kononnya dibuat semasa berkempen di Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh. Kita tak tau cerita sebenar. Yang kemasnya kenyataan balas
Yg.Bhg Datuk Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera itu dikelilingi oleh sebahagian besar pemimpin UMNO negeri tanda sokongan.

Kita tak boleh memadam catatan sejarah. Sejarah diceritakan bukan untuk menimbulkan keresahan...apatah lagi untuk meniupkan api persengketaan perkauman......bukan bertujuan untuk membangkitkan ketidakstabilan keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam. Sejarah diceritakan untuk mengingatkan kita tentang sesuatu yang kita semakin lupa dan menyedarkan kita tentang diri kita dan masa depan kita. Bila paksu tanya beberapa kawan, mereka juga sependapat dengan paksu dengan pendirian tegas
Yg.Bhg Datuk Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera itu. Tahniah atas prinsip ketegasan, keberanian yang di pegang olehnya.

Sepatutnya yang patut dikenakan tindakan tegas bukannya
Yg.Bhg Datuk Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera itu; sebaliknya wartawan Nan Yang Siang Pau. Wartawan itulah yang meniupkan sentimen perkauman atas nama kebebasan media. Beliau mungkin punyai agenda tersendiri dan tersembunyi. Siapa di belakang beliau? Menyedari keceluparan mereka mendesak UMNO mengambil tindakan terhadap Yg.Bhg Datuk Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera itu silap, selang beberapa hari mereka sendiri meminta isu itu ditamatkan. Mereka yang memutarkan lagu.....kini mereka meinta orang lain memberhentikannya. Apa jenis pemimpin macam ni. Tu lah....rupanya budaya melatah dah merebak. Wabak ini mungkin berbahaya. Pembawa virus ini perlu dikenalpasti dan tidak harus berada dipersada politik Malaysia.

Kesan dan akibat ......
Setiap keputusan yang kita buat setiap hari akan memberi impak. Sebagai pemimpin Melayu.....kita harus sentiasa sedar tentang tuntutan semasa orang-orang Melayu samaada yang dipimpin atau yang diwakili. Kita harus membuat lonjakan berganda jika kita ingin berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain di bumi Malaysia. Kita harus meletakkan keutamaan untuk membangunkan modal insan Melayu serta jati diri orang-orang Melayu. Kita mesti melahirkan seramai dan sesingkat mungkin masyarakat Melayu Perdagangan dan Perindustrian. Kita
mesti melahirkan seramai dan sesingkat mungkin masyarakat Melayu yang menguasai pelbagai cabang disiplin ilmu pengetahuan. Kita harus mempertahankan hak dan keistimewaan orang-orang Melayu, Agama Islam dan Institusi Beraja dari sebarang usaha luar dan dalam termasuk dari pemimpin UMNO sendiri yang tindakan dan keputusan sedar atau tidak sedar mereka yang boleh menjahanamkan bangsa Melayu. Allahuakbnar. wassalam.