Ahad, 19 Oktober 2008

Dayung sudah ditangan......

Langkawi 18 Oktober 2008.
Hari ini para perwakilan UMNO akan sekali lagi menunaikan tanggung jawab mereka sebagai ahli UMNO yang mewakili semua cawangan ke mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Langkawi. Paksu tak pasti kali yang keberapa. Maklumlah dulu UMNO Langkawi bercantum dengan dengan Bahagian Jerlun. Sejak dipisahkan dari Jerlun, UMNO Langkawi bergerak dengan sendirinya. Banyak onak dan ranjau telah dilalui. Rasanya banyak juga pengalaman serta asam garam politik telah dilalui. Dan kalau tak salah Paksu; di Bahagian Langkawi kita baru diketuai oleh 2 orang ketua bahagian.

Zaman berlalu masa beredar.....dunia makin seronok, kita makin tua. Yang dulu kita pegang kepada, yang kita dukung...la depa dah besar panjang, dah besar lebar. Cita rasa golongan muda turut berubah. Kita kena selari dengan depa. Kita kena faham dengan kehendak, kemahuan dan keperluan mereka. Kalau kita gagal memahami perkara ni....banyak rentetan masalah akan timbul yang barangkali akhirnya sukar untuk dirungkai.

Hari ini para perwakilan akan dituntut berfikiran matang. Kita nak tentukan senario politik tempatan dan juga di peringkat pusat. Ini kerja penting. Bukan boleh pangkah ikut rasa, ikut kawan atau ikut cakap. Kita kena mengundi mengikut keperluan.....kita kena mengundi untuk kemajuan yang berterusan.....kita kena mengundi untuk pembaharuan pendekatan. UMNO Langkawi memelukan lonjakan berganda. Ahli UMNO Langkawi memerlukan barisan kepimpinan bahagian yang seimbang, bermotivasi tinggi, mampu merancang dan bertindak pantas, berorientasikan tindakan dan keputusan. KIta tak mau yang matmut...lembab macam kura-kura....slow daya fikir.

Apapun kita tunggulah keputusan yang akan ditentukan oleh para perwakilan. Tapi yang ralatnya.....kata kawan Paksu; tahun ni depa dah buat 'group rangking'. Bagi Paksu buatlah....asalkan matlamatnya dapat menghasilkan team yang mampu bertindak bukan mampu bercakap sahaja.

Paksu jadi pemerhati saja.........................He He he...

Tiada ulasan: