Ahad, 29 Jun 2008

Drebar dan Tuan Punya Teksi

Pada 28 Jun 2008, jam kira-kira 2.30 pagi keputusan resmi telah diumumkan mengenai senarai kepimpinan Persatuan Pemnadu dan Empunya Kereta Sewa Langkawi.

Persaingan merebut jawatan cukup sengit. Dari jawatan tertinggi; Yang DiPertua, Naib Yang DiPertua, Setiausaha, AJK serta Pemeriksan Kira-Kira menyaksikan semuanya dipertandingkan. Tiada kompromi. Masing-masing nak berkhidmat. Masing-masinmg nak memajukan persatuan. Baguslah......amalan demokrasi terus subur dlm persatuan. Yang Syoknya melihat lebih 12 calon menawarkan diri untuk 5 kerusi AJK.



Dengar cerita YBhg Tuan Hj Markiman Kobiran, Pengerusi Lembaga Perlesenan Kenderaan Semenanjung Malaysia hadir merasmikan persidangan tersebut. Tahun ni depa tak jemput orang politik setempat merasmikan mesyuarat mereka. Pasai apa? Tahun-tahun yang lepas paling tidak pun YB setempat yang mai rasmi. Marah tang mana?

Dengar cerita lagi depa pun panggil orang luar kendalikan pemilihan dan pengiraan undi. Baguslah. Sekurang-kurangnya orang luar tu tak memihak pada mana-mana pihak yang berkepentingan dalam usaha merebut jawatan. Betul ke?

Pemandu dan empunya teksi di Langkawi punya peranan yang penting. Mereka jadi tukang angkut pelancong, dan mereka juga jadi tukang sebar cerita. Salah cerita di bawa lain jadinya.

Yang syok tu dengar cerita ada banyak hadiah cabutan bertuah. Hadiahnya semua sponsor baik dari pekedai tempatan hinggalah ke pihak pengurusan Hotel 3 - 5 bintang. Lumayan sungguh. Tak buat macam tu ada ka orang nak mai.

Yang jadi ahli persatuan ada yang bermahzah UMNO, ada yang bermahzab PAS, ada yang bermahzab PKR dan lain-lain mahzab politik kepartian. Masing-masing nak kuasai persatuan. Masing-masing nak bawa angin perubahan dan pendekatan. Dok di bawah nak bawa perubahan macam mana. Betul juga.

Cam mana dengan parti politik yang nak bersidang cawangan dan bahagian dalam sebulan dua ni. Ada ka pertandingan?
Orang marah saya kerana guna perkataan pertandingan. Apapun perkataan yang digunakan hakikatnya sama saja.



Dengar cerita ada calon tertentu nak tawarkan diri bertanding post no 1. Boleh ka bawa, tanya kawan saya seorang pendokong dan pejuang malayu kampong. Agenda tahun lepas janji nak buat sampai ke la tak buat-buat. Boleh kah orang ni jadi No 1; tanya beliau lagi.

Mana saya tau. Saya bukan orang politik. Biarlah orang politik buat keputusan politik. Mereka lebih berwawasan. Kita urus persatuan teksi cukup. Biar pelancong puas hati dengan servis kita. Jangan sampai keputusan politik menyebabkan orang tak mau mai ke Langkawi cukup. Jangan sampai keptusan politik menyebabkan orang ramai fikir berkali-kali nak pi ke Langkawi atau tidak. Susah anak cucu saya nanti.

Tahniah kepada Jawatan kuasa baru yang terpilih..... terima kasih kepada Jawatan Kuasa lama yang terpaksa melepaskan peranan. Apapun siapa diri kita hari ini adalah hasil pemikiran dan tindakan kita pada masa lalu. Jangan sampai jadi ........... Nenek Moyang Kaya raya, Tergadai Seluruh Harta Benda, Air Mata Darah Bercampur Keringat, Bumi diPijak Milik Orang.

Tiada ulasan: