Khamis, 3 Julai 2008

Anugerah Cemerlang ......warga pendidik

Bebaru ni kami ada bersembang kat kedai mamak 24 jam. Lama tak jumpa dengan kekawan, jadi banyak lah isu dan usul dilontarkan. Ada yang bernas dan ada juga yang hampas. Walaupun hampas bagi sesetengah orang, tetapi sesetengah orang yang lain pula ianya tetap berguna.....ada nilai komersil dan ada nilai sejagat yang boleh dimurnikan.

Antara tajuk perkara yang disembangkan dengan pelbagai nada ialah mengenai anugerah perkhidmatan cemerlang warga Kementerian Pelajaran daerah Langkawi. Tahniahlah kepada mereka yang dianugerahkan dengan anugerah perkhidmatan cemerlang. Ada yang muda remaja dalam servis dan dapat APC. Ada yang pertengahan servis, ada yang penghujung servis dan ada yang telah tamat servis ..... dah pencen pun dianugerahkan APC. Tahniah sekali lagi. Setidak-tidak APC haruslah membangkitkan semangat juang yang membara di kalangan penerima utk terus memberikan khidmat terbaik.

Yang sedihnya dengar cerita ada beberapa kelemahan nyata dalam kriteria asas pemilihan penerima APC. Kita heran cam mana bab ni boleh berlaku. Tak kan panel penilai tak sensitif kot bab-bab macam tu. Dengar cerita depa semua punya pengalaman yang luas. Luas kepala hotak hang!, herdik kawan saya yang sorang ni. Dia tu kepala angin sikit. Pasal apa? tanya saya. Mau ka aku tak marah......banyak unsur kroni dalam pemilihan. Cam mana tu? Kata kawan aku ada yang dapat APC dua tiga kali. Ada yang servis puluhan tahun ada yang tak pernah dapat. Ada ka? Mau tak dak. Cikgu aku yang mengajar aku subjek sains masa aku kat sekolah menengah dulu; dengar cerita sampai la depa tak pernah bagi dia APC. Dia memang lah tak kebuloq, tapi..... bila yang buat dan rekomen penerima APC tak dak akai.... yang ni la jadinya. Kalau kita ajukan soalan kat depa .... nanti depa jawab apa? ada lagi ka yang tak terima. Ni lah masalah bilamana guru besar/pengetua dikalangan cikgu. Aku sokong sangatlah kalau PTD ambik alih soal pentadbiran.....pasal confirm dia orang terlatih dan sentiasa dilatih sebagai pengurus yang berhemah. Bukan cikgu yang naik pangkat jadi pentadbir.....entah apa yang depa buat tak pro lansung. Cikgu patut balik ke core business depa iaitu mengajar. Tok sah lah jadi pentadbir.

Cuba hang tengok......penerima APC dikalangan pengetua. Dia tu junior lagi ..... tak sampai setahun jagung. Cam mana boleh terpilih. Kan ada boss-boss yang lebih senior. Inilah yang saya kata pilih kroni. Dia hulur apa kita pun tak tau. Tu lah bilamana pengawai sama ada di sekolah, PPD atau jabatan bukan di kalangan pengurus. Depa ingat orang lain buta perut, tak tau, bengong. Depa buat keputusan ikut sedap hati, ikut cita rasa semasa. Kalau jadi kat aku la ..... aku repot kat BPR; pasal depa salah guna kuasa. Aku tak kan halal dunia akhirat; bentak kawan aku. Aku diam lah saja mendegar beliau memuntahkan kata-kata kekecewaan.

Apa yang penting dalam mentadbir organisasi bukan stail semata-mata....tapi sensitiviti kita dalam dalam banyak hal. Kita haruslah consider all factor (CAF) dalam membuat keputusan supaya keputusan tidak dipertikai oleh banyak pihak. Kita haruslah meletakkan amalan 'zero defect' sebagai keutamaan. Kita harus menjadi pandai dan bijaksana-bijaksini.


Tiada ulasan: