Isnin, 21 Julai 2008

UMNO dan Para Pejuang.....


Langkawi Pulau Bebas Cukai...............Langkawi Geopark........ Langkawi Permata Kedah...........lepas ni apa pulak? Dulu masa tak bentuk kerajaan depa bagi gelaran Langkawi - Padang Arak Pandang Maksiat. Buka jurus juga pejuang UMNO bila depa cakap cam tu. Maklumkan kerana Tun lah maka Langkawi mula menapak maju. Mana boleh cakap macam tu....marah pejuang UMNO, marah orang Langkawi. Lani ni bila depa dapat membentuk kerajaan hasil sokongan majoriti, iramanya nampak lembut sikit dan harmoni. Apa pulak para pejuang UMNO nak kata......

Para Pemikir....?

Sejarah......

Bilamana kerajaan BN tumbang dek tak disokong majoriti rakyat, maka banyak sejarah dan peristiwa penting dicipta. Ada yang baik dan ada yang kurang baik....bukan buruk.
Antaranya mantan MB Kedah Dato"Seri Mahzir Khalid mencipta pencipta rekod MB yang singkat memerintah negeri.
Masa Dato' Seri Sanusi jadi MB rasanya panjang juga walaupun kurang disenangi oleh KCS. Yang cucu paling syok pasai Dato Sanusi ialah tentang cetusan ideanya yang kontraktif serta siri ucapannya hebat yang membela rakyat.
Kempen makan ulam, kempen kelapa muda dan lain-lainnya semuanya membawa makna yang tersendiri. Itu catatan politik. Dato Sanusi pernah jadi MB, pernah jadi ADUN Langkawi, pernah jadi Ketua UMNO Bahagaian Langkawi.
Sejarah tercipta bilamana beliau diundurkan dari kerusi Ketua Bahagian oleh undi para pewakilan persidangan dan digantikan dengan dengan Datuk Bakar Taib. Hingga kini rasanya berapa tahun dah Datuk Bakar dah jadi Ketua Bahagian?
Mungkin anda ada maklumat dan jawapannya. Penyokong Datuk Bakar telah berjaya mempertahankan beliau. Orang-orang Dato Seri Sanusi....sekarang Tan Sri masih dan tak kan lupa akan peristiwa itu.

Pemilihan 2008....intro
Pendekatan Datuk Bakar nampak macam kena....dengan mengabungkan orang Sanusi dengan Orang beliau sendiri. Tapi.........dari maklumat risikan menyatakan salah satu hasil penggabungan itulah menyebabkan pergerakan menjadi cacat dan lembab. Depa bukan nak beri khidmat sangat. Depa bukan nak berjuang sangat. Apa depa buat....masing-masing taruh syak wasangka yang tak sudah-sudah. Sebab itu UMNO Langkawi tak ada fokus. Sebab itu agenda bertindak untuk memajukan bangsa nampak lembab. Salah siapa?

Dengar cerita tahun ni ada pertandingan. Masing-masing kumpulan dah selesai susun atur strategi. Ada yang nak mempertahankan jawatan....kerana nak menyelesaikan perjuangan yang belum selesai. Ada yang dah tempah bush jacket bersedia nak jadi Ketua bahagian. Apatah lagi yang nak menjadi ketua dan yang nak mempertahankan jawatan yang disandang dalam cabang pergerakan.

Pergerakan Puteri
Dengar cerita tak ramai AJK Puteri yang terpaksa meninggalkan pergerakan kerana faktor umur berbanding pergerakan Pemuda. Dengar cerita lagi Ketua Pergerakan akan ditentang kali ni. Depa ada alasan depa. Apapun selamat bertanding. Puteri takpa...depa setakat la bersopan. Ke depan tak tau la lagi.
Tapi yang tak syok dengar....ketua puteri yang ada la dah mula beraleh kem. Betul ke? Katanya nak berpaut di dahan baru bahagian yang bakal dirikan. Siapa nak tunggu di kem penyandang? Ada ka calon di kem penyandang? Mau ke tak dak.

Orangnya ok apa! berkelulusan Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa dari UUM; Aktif; single lagi, berfikiran positif, mesra alam; tinggal di Langkawi dan selama ni pun aktif dalam pergerakan. Apa kata beliau ...... saya nak berkhidmat untuk UMNO.
Saya nak UMNO kuat dan bermaruah. Saya nak UMNO terus memperjuangkan dan mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu. Saya nak UMNO membawa Melayu seiring atau beberapa tapak ke hadapan berbanding bangsa lain. Hidup UMNO, Hidup Melayu.

The image “http://umno.mylangkawi.net/images/Langkawi/Puteri/sham.jpg” cannot be displayed, because it contains errors. The image “http://umno.mylangkawi.net/images/Puteri/AJK/rosma.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.
Pertandingan 2 penjuru?

Pergerakan Pemuda.....
Tahun ni YB Ketua Pemuda dah tamat tempoh pemuda. Lebih separuh AJK pergerakan kena turut meninggalkan pergerakan. Sebahagian depa tu berbakat serta berkomitmen. Adakah mereka akan turut menjadi seperti senior-senior mereka yang majoriti terpinggir dari menduduki Jawatan Kuasa Bahagian sama ada dipilih atau dilantik. Itulah silapnya para pewakilan dan kuasa melantik. Nak salahkan pewakilan pun tak kena. Mereka tak kenal calon. Mereka tak tau kerja buat calon. Yang depa pasti depa dibekalkan dengan 'list" calon untuk mereka pangkah sokong.
Satu fakta menarik dengan YB Ketua Pemuda ................. beliau selama ini mendapat laluan mudah. Apakah kali ini peristiwa sama akan berulang. Cucu dengar cerita beliau akan bertanding jawatan Naib ketua Bahagian. Namanya ada dalam list Dato Nawawi dan ada dalam list Datuk Bakar untuk tahun 2008. Untung la macam tu ....makan keliling.

Macam mana AJK Pergerakan yang lain? Ada yang nak bertanding di Bahagian, ada yang tak mau.Cukuplah setakat ni saja. Banyak kerja lain lagi nak buat....seloroh seorang bakal bekas AJK. Pada nak nak menawarkan diri tu ......rasanya mereka wajar diberi pelung dan disokong. Cucu rasa UMNO Bahagian perlu di 'Rebranding' atau disegarkan semula. Mudah-mudahan jika mereka menang atau dilantik, mudah-mudahan mereka dapatlah membantu Ketua Bahagian menyegarkan uMNO Langkawi.

Oh! cammana pulak pasal pemilihan ketua pemuda yang baru. Kalau ikut tradisi...naib ketua sedia ada akan disokong mengantikan ketua. Tempatnya pula akan dicadang ganti secara 'deliberation' AJK sedia ada. Maklumat ni cucu dapat dari kawan. Betul ke?

Kalau lagu tu macam mana pula dengan kem yang satu lagi. Dengar cerita mereka juga dah membentuk jawatan kuasa bayangan dan bergabung dengan kem calon kepimpinan bahagian. Sakan tu.

Apa pun terpulanglah kepada semua ahli pergerakan untuk memilih siapa menerajui pergerakan. Masing-masing ada agenda dan masing-masing ada kekuatan. Pendapat cucu kalau 2 kekuatan dapat digabungkan alangkah baiknya dan beruntungnya pergerakan pemuda. Demokrasi terus subur.....

Kalau dapat diserap muka-muka baru yang berkarisme ke AJK pemuda alangkah baiknya. Cucu dapat berita yang mereka tak berapa berminat dengan jawatan AJK. Macam mana fikiran tuan-tuan dengan trend bertanding secara pakej ni....baik ke buruk? Cucu takut menang sorak kampong tergadai. UMNO lani lemah dan tak kuat mana . Moral dah jatuh...tambah-tambah lagi kerajaan negeri diperintah oleh parti lawan.

Pergerakan Wanita.....

The image “http://umno.mylangkawi.net/images/Langkawi/wanita/kak-shah.jpg” cannot be displayed, because it contains errors. The image “http://umno.mylangkawi.net/images/Langkawi/bahagian/mariam.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.
Cucu dengar cerita kem yang sedang merancang mengambil alih kepimpinan bahagian juga telah menaja Naib Ketua Wanita menentang penyandang. Apa motifnya? Apakah saya gagal menjalankan peranan sebagai Ketua Wainita selama ini, ujar penyandang yang mengelarkan dirinya dengan Kak Yam. Atau kerana selama ini saya menyokong kepimpinan sedia ada.
Kita tau selama ini wanita menjadi tunjang kekuatan UMNO. Mereka setia dan kesetiaan mereka tak berbelah bagi. Macam seorang isteri setia pada suaminya. Tak macam lelaki. Asyik nak tambah. Tak syukur dan tak cukup apa yang ada. Yang ada jawatan nak jawatan yang lebih besar. cerminlah diri dulu. Kerja buat kita selama ini kemas sangat ka?, hebat sangat ka?
Di Johor dengar berita YB Datuk Seri Azalina Othman Said dah mendapat 24 pencalonan cawangan untuk jawatan Ketua Bahagian. Tahun 2010 nanti silap-silap, bimbang-bimbang, harap-harap ujud calon wanita layak untuk jadi Ketua Bahagian. Mustahil ka?


UMNO Bahagian.....

The image “http://umno.mylangkawi.net/images/Langkawi/bahagian/dato.jpg” cannot be displayed, because it contains errors. The image “http://umno.mylangkawi.net/images/Nawi/photo3.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.
Penyandang Pencabar?

The image “http://umno.mylangkawi.net/images/Langkawi/bahagian/cot.jpg” cannot be displayed, because it contains errors. The image “http://umno.mylangkawi.net/images/Langkawi/bahagian/manap.jpg” cannot be displayed, because it contains errors. The image “http://umno.mylangkawi.net/images/Langkawi/pemuda/1.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.
Calon Timbalan Ketua Bahagian. Ada yang nak tarik diri ka?


PEMILIHAN 2010.... masih terlalu awal......
The image “http://umno.mylangkawi.net/images/Langkawi/bahagian/photo-album.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.
Calon 2010
Hangat-hangat. Seperti 4 sayap UMNO....pertandingan dan pemilihan dalam bahagian nampaknya seperti tak dapat dielakkan. Cucu mendapat email dari seseorang menyatakan bahawa sebenarnya penyandang akan melepaskan jawatan pada 2o1o kepada timbalannya...sama seperti macam peringkat pusat kuasa PM kpd TPM. Sebenarnyar YB Datuk Nawawi tak sabar nak jad ketua sangat. Nak buat camana....dia dijolak oleh kumpulan "Sanusiism' yakni kumpulan yang sama melobi Dato" Mukriz menjadi Calon Parlimen N1 langkawi dalam pilihan raya yang lalu. kita kenai depa sapa. Tok sah sembunyi balik lalang. Kita Tahu kelibat depa...... ujar seorang bakal calon 2008/2010. Tahun 2010 nanti, kita lawan..... untung sabut timbul, untung batu tenggelam. macam Fadzil Talib lawan Datuk Bakar dulu. tak rugi tang mana.
Yang nak rugi nampaknya Datuk Nawawi. Pasal apa cakap lagu tu?,herdik kawan saya. Jawapannya senang....kalau Datuk Nawawi menang, dia cuma ADUN. Datuk Bakar tetap MP hingga tahun 2012. Peruntukan t
ahunan MP banyak.. Apakah dia mampu bela dua tiga orang kanan dia. Kita tau dia bedak-bedak telefon, duit dan sebagainya. Dia taja calon Ketua Pemuda dan dia taja Calon Ketua Wanita.. Hang tak nampak ka semua itu. ujar kawan saya lagi dengan penuh kesedaran.

Apakah dia mendapat sokongan Wanita, sokongan puteri, sokongan Pemuda secara total. Dengar cerita pergerakan pemuda tak restu Datuk Nawawi bertanding pada kali ini....Tunggu la tahun 2010.....datuk Bakar dah kata.......dia akan bagi, dia akan bagi. Soalnya bagi kat siapa? Atas kertas nampak macam boleh menang....tapi tak tak tentu lagi. macam-macam boleh jadi. Main main poker.....poker is last card games.

Kalau dia menang siapa agaknya nak jadi Setiausaha, siapa dia nak lantik jadi Bendahari dan siapa dia nak lantik jadi Ketua Penerangan. Dan yang orang nak tengok siapa yang dia akan lantik untuk mengisi 7 kouta lantikan AJK. Kawan saya kata waktu tu akan kembali kumpulan pendokong dan penyokong Datuk Mukriz di Langkawi. Mungkin melepas kawan kita jadi MP pada tahun 2012 / 2013 nanti.

Macam mana kalau Datuk Bakar berjaya mempertahankan jawatan? Siapa pulak Datuk akan lantik
jadi Setiausaha, siapa dia nak lantik jadi Bendahari dan siapa dia nak lantik jadi Ketua Penerangan. Dan yang orang nak tengok siapa yang dia akan lantik untuk mengisi 7 kouta lantikan AJK. kalau lantik puak-puak yang tak perform alamatnya ke belakanglah lagi UMNO Langkawi. Minta simpang malaikat 44.
Apakah Datuk akan lantik YB Nawawi sebagai AJK lantikan....atau
YB Nawawi akan jadi spt Datok Hassan yang boleh hadir dalam mesyuarat tapi tak boleh mengundi sebab kalah dan terkeluar dari arus.
Cucu dengar cerita Pemuda, puteri dan wanita akan menggembeleng tenaga dan usaha agar datuk dapat mempertahankan kepimpinannya kali ini. Menarik dan sangat menarik. akan ada satu puak yang meleleh air liur nanti....kempunan.

Yang penting apa pun alasan intelek yang diberikan, cucu fikir ada baik dan ada yang tak baiknya.
Lain-lain anda fikirkan lah sendiri .....Assalamulaikum.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SALAM PERJUANGAN...

Saya rasa berminat utk join blog nie sbb xmau tgk perjuangan umno di langkawi tercemar atau goyah...

walaupun cetek ilmu di dada, tapi sy akan sentiasa di blkg umno langkawi..

teruskan perjuangan bersama...

Insyaallah sy akan pulang membantu UMNO lANGKAWI...!!!

drpd :

SARFARIZMAL SAAD
(Cucunda Allahyarham Haji Ahmad Siron;PPN;PJK.., Bekas Tokoh UMNO Langkawi)

Pelajar Sarjanamuda Hubungan Antarabangsa, UKM

sirmuda berkata...

Baguslah.Kita amat mengalu-alukan sebarang komen , pendapat dan apa saje yang kontruktif.