Isnin, 28 Julai 2008

Langkawi oh tanah airku .....aku anak nelayan..


A'kum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua? Sari dua ni cucu kalut sikit. Sampai tak sempat nak menaip berita sudut pandang. Nak buat macam mana.......cucu bukan cari makan kat sini. Lain lah kalau ada yang bermurah hati nak taja tang mana mana perlu....boleh juga tumpang cari makan. Lani susah sikit ................suasana tak berapa memberangsangkan. banyak aktiviti kat Langkawi nampat macam kurang menghairahkan. Aktivti bisness nampak lembab.....jangan sampai berkulat cukup. Yang nampak rancak sikit ialah aktiviti kempen dalaman politik kepartian. Yang nak merebut jawatan, yang nak mempertahankan jawatan, yang jadi tukang jolok, yang jadi Tok Dalang, yang jadi tukang payung,
yang jadi tukang kipas, yang ambil sikap Look and See dan lain-lain .............. depa ni semuanya sibuk dan nampak chargas. Ada sesuatu kot yang menggiurkan lagi mengghairahkan kalau dapat duduk dalam hiraki kepimpinan politik tempatan. Cucu tak faham sangat bab politik ni....maklum sajalah mengaji tak tinggi mana. Tak macam sesetengah dari kita....mengaji sampai dapat gelar...Ir, Dr dan sebagainya. Baguslah..........sebab ilmu tu pelita hidup.
Kalau sifat keghairahan berkhidmat kepada khalayak dapat dikekalkan, rasanya banyak bab dan isu dapat diselesaikan. Lebih penting kita kena lebih fokus untuk berjaya dan terus berjaya. Bukan hangat-hangat tahi ayam....bukan bermusim macam musim buah kayu.

Aku Anak Nelayan .....
Baru-baru ni adalah kesempatan sikit ronda-ronda, masuk kampung keluar kampong persisiran pantai. Macam YB pulak hang ni .....
YB pun tak buat macam ni, perli rakan pada cucu. Tak kisahlah itu hak dia nak buat komen. Yang penting cucu sebenarnya seorang pencipta alam. Syok tengak pantai dan laut yang terbentang luas...saujana mata memandang hingga ke kaki langit. Dalam kesempatan itu dapatlah cucu bersembang kosong dengan beberapa anak muda yang rata-rata berumur dalam lingkungan 20an. Ada yang bujang dan yang baru berkeluarga.
Cucu tanya depa kenapa nak jadi terus jadi nelayan? Pasai apa abang tanya lagu tu......tanya balik seorang daripada mereka kpd. cucu. Tersentak seketika cucu dengan alasan depa bagi. Intipatinya sembang-sembang cukup logik, waras dan berkepentingan ramai.
Abang cuba fikir.....kami ni mengaji tak tinggi, duduk kat pulau, rupa paras tak segak, kulit tak tak jernih,...tak gebu,....apa kerja kami boleh buat. Yang paling mudah jadi nelayanlah. Tak payah interview...tak payah sedia resume. Ada modai sikit beli perahu....beli enjin.....beli pukat dah boleh jadi nelayan. Kerajaan cuma bagi lesen kat kami. Dah lama dah kami mohon.
Sampai ke la tak dapat-dapat. Apa yang susah sangat? tambah seorang lagi rakan belia nelayan tadi. kami bukan nak jadi penyeludup, kami bukan nak jadi penyanggak, kami nak jadi nelayan, Kami nak berkeluarga, kami nak bela anak bini kami. Simpati cucu bukan kepalang....................Kalaulah cucu ni ada kuasa dan ada pen yang laku sign ....la la tu juga rasanya cucu sign lulus lesen depan depa. Kerja tanam budi ni orang akan ingat sampai bila-bila......macam kerajaan Barisan Rakyat Kedah lulus permohonan tanah oleh rakyat Kedah yang seklian lama diproses oleh kerajaan BN terdahulu. La ni orang bercakap....kerja baik orang cakap....kerja buruk apatah lagi; orang akan cakap dan silap-silap sampai tersemat ke tulang hitam.
Kami cukup kesal dengan Menteri dulu......cucu rasa Menteri Pertanian dan Asas Tani kot !... Ada kuasa, cakap orang pakai, sign laku...dah tu pula jadi orang besar UMNO pusat. Kalau tak silap cucu, Tan Sri kita tu bekas MB di selatan tanah air, Naib Presiden UMNO dan dengar berita nak bertanding Timbalan President.....itupun kalau Dato' Najib bertanding post Presiden.

Itu yang kami cukup kesal................pen ada di tangan, dakwat pun masih berisi, kuasa pun masih di tangan...... apa yang susah sangat.....kami bukan minta duit ringgit, kami bukan mintak yang nu yang ni............kami cuma minta lesen. Bila kami ada lesen sekurang-kurangnya layak lah kami dapat beli menyak dengan harga subsidi. Lani kami cukup tertekan. Tangkapan dak tak seberapa, harga pun bukannya menguntungkan kami sangat....nak pi ke laut setakat modai $50 tak cukup sangat. Nak boleh ikan tak tentu lagi....risiko menanti.

Kami kesal ada menteri melayu macam tu. Letak jawatan sajalah...atau ganti saja dengan yang lain....yang lebih peka. UMNO Langkawi macam mana? Ada ka resolusi khas? Kesian kat nelayan..........kesian di mulut saja zaman la ni tak cukup. Simpati saja tak jadi....kita kena jadi empati.

Kalau lah ada industri berasaskan perikanan berskala sederhana/besar kat tempat kami.......macam kat Penang tu....proses ikan Tuna.......rasanya kami pun tak mau jadi nelayan. Nak nak jadi pekerja industri. Dengar kata projek tangkapan dan memproses ikan Tuna tu mendatangkan hasil pendapatan jutaan ringgit kpd pelabur. Awat yang bawa pi ke Penang..ke negeri yang dah maju... ni la akai menteri kita; pandai tapi tak bijaksana.....atau ada kepentingan kot. Syak wasangka ni tak baik......tapi nak buat lagu mana......takat ni saja yang mampu kami fikir.


Mau tak mau demi survival, kami terpaksa menjadi nelayan. Sekurang-kurang lepaslah bab fardhu kifayah. Tahniahlah pada
TEKUN kerana berpandangan jauh dalam usaha membantu melahir dan memperkasakan ekonomi masyarakat. Sebenarnya kami para nelayan ni....juga adalah usahawan....yang berkerja mencari dan membekalkan hasil tangkapan air kepada pengguna. Kami tak bagi free....kami jual.....kami memperoleh pendapatan......kami adalah usahawan.
Bantulah kami, tolongilah kami...........
Berburu di padang datar
dapat rusa bebelang kaki
berguru kepalang ajar
Muga UMNO lebih dihati.................


Tiada ulasan: