Selasa, 12 Ogos 2008

Duit dan Wang ......... antara khayalan dan realiti

Semalam ketika merasmikan Malaysian Agricultural, Horticultural and Agro-Tourism (MAHA) Exhibition 2008 di Serdang, Selangor, Pak Lah menyatakan bahawa Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah diberi lampu hijau untuk memulakan siasatan terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam politik wang ketka ini dalam usaha kempen dan lobi menjelang pemilihan agung UMNO Disember nanti.

Cucu tersentak la sikit atas statement tersebut.... maklumlah tak terfikir cucu para pemimpin serta kaum puak pemimpin tertentu sanggup laburkan wang mereka semata-mata nak memenangi hati dan memancing undi. Kalau dapat dihitung laaa tentu banyak jugak tu.....silap-silap tak cukup digit kat kalkulator......silap-silap boleh buat banyak bijik rumah PPRT juga kot! Kita orang kampong nak dapat seringgit dua bukan senang.....haus tapak kasut......cerau peloh dibuatnya. Nak buat lagu mana...Great people they that about idea....small peoples they talk about thing. Cucu yang mengaji ke atas tidak.....ke bawah pun tidak .... lagi la tak paham...tambah-tambah lagi depa selit dengan bahasa ingletir. Tapi itu lah realiti .....................................yang mau tak mau kita kena terima sebagai budaya baru barangkali.

Pemilihan UMNO Bahagian Langkawi........
Ada la sorang dua kaum kerabat cucu hantar mesej ....kata depa ..kat Langkawi pun apa kurangnya. Pemimpin tertentu dah mulakan membudayakan pendekatan leburkan wang untuk undi. Betul ke ni? Abang jangan main teka-teka....jangan main serkap jarang....tak baik. main-main abende! serkap jarang abende! kau orang faham ke....kau orang sentisif ke bab-bab politik ni....celah kawan cucu dalam mempertahankan pendapat cucu. Cucu dah nampak macam pemimpin....kerana ada penyokong yang sanggup pertahankan pandangan. Itu dah kira ok dah tu. Tapi tak la sampai penyokong sanggup keluar wang wang mereka dalam usaha nak mempertahankan pemimpin mereka. La ni pemimpin mereka buat apa sangat. Negeri dah orang lain perintah. Nak dapat satu dua projek lepas ni beda nak cover kos yang telah dibelanjakan ...pun nampak tipis. Maklumlah macam cucu kata tak sat la.....negeri dah orang lain perintah. Lainlah kalau projek mai dari pusat. Cerita bab pusat memanglah syok lagi mengasyikkan. Lain kali lah saja kita cerita bab pusat.

Cerita bab duit ringgit yang dileburkan to kononnya dari pemimpin tertentu. Dia dapat dari mana kita tak pasti. Yang pasti bukan duit poket dia. Ada yang sponsor lah tu.....duit lebih-lebih belanja pilihanraya agaknya le!...tambah kawan cucu. Ntahlah kawan cucu yang sorang ni......nia nampak tak brapa ngam dengan pendekatan pemimpin tersebut yang diberitakan nak tawarkan diri jadi Ketua Bahagian. tak baik macam tu....dia tawarkan diri dia nak jadi ketua...itu hak dia. Mungkin dia ada idea baru. Mungkin dia punya siri rancangan yang hebat nak bangunkan bangsa. Mungkin sajalah. Ide saja takde maknanye... tanpa daya usaha melaksanakannya. Nak cakap sapa pun boleh cakap. Dalam perhimpunan...berapi depa cakap, berbahas, melontarkan pendangan ide dan pendapat....siap dengan pantun seloka, bidalan dan perpatah.......tapi dari segi nak melaksanakannya di peringkat bahagian...........jadi terkulai layu sebelum berkembang.

Cucu kata ni bukan dari kotak fikiran cucu. Cucu kata berdasarkan maklumat dan ruahan rasa mereka bukan perwakilan.
Suara bukan perwakilan kita juga dengar. Suara ahli UMNO kita kena dengar, suara orang Melayu kita kena dengar, suara NGO kita kena dengar, suara belia juga kita kena dan patut dengar. Ni yang lemah pemimpin kita.....bila cakap bab mesyuarat atau majlis perundingan belia depa golek kepala siap dengan pusing-pusing tangan tanpa nampak tak minat. Kalau tak minat dengan isu belia janganlah jadi pemimpin. Masuk balik kerja dengan gomen atau dengan swasta/GLC. Boleh jadi BOSS...buat dapat gaji ribu-ribu. tak terlibat dengan masyarakat sangat pun..orang tak kata apa. I

Di Amerika Syarikat apa yang calon presiden nak perjuangkan diluahkan dalam forum/ceramah terbuka.....siap dengan calon lawan.....itu yang syok. Baru kita dapat tau dan dengar dengan jelas apa hasrat hati pemimpin yang nak bertanding dan yang nak pertahankan jawatan. Barulah kita boleh pilih yang terbaik antara yang terbaik. Mungkin ada yang lebih baik lagi tapi tak berhasrat bertanding. Depa tunggu masa yang sesuai saja nak tawarkan diri pula jadi ketua/timbalan atau naib beda pemilihan ke depan la kot. Nak harap syle saja tak cukup. Orang nak tengok kerja buat kita. UMNO akan terus kuat kalau kerja buat UMNO kemas dan efektif. Ini tidak..........jawatan kuasa biro semuanya ada.....tapi apa aktiviti depa buat kita pun tak faham. Tak kan aktiviti menghadiri mesyuarat saja. Biarkan biro yang ada berfungsi dan padat dengan aktiviti yang meningggalkan impak. Ada biro yang tak ada senarai ajk pun ada. Yang ka tu? tak kan kot, tanya kawan cucu dengan penuh kemuskilan. Maklumlah dia orang Johor. Dia kata kat Johor aktiviti UMNO tak putus-putus.....dari ke gendang kenduri sampai ke mana aje...semuanya melibatkan nama UMNO. Sebab tu UMNO kuat dan dekat di hati rakyat Johor. Susahlah UMNO nak kalah kat Johor..........kerana UMNO kerja buat UMNO disemua peringkat cawangan dan bahagian semuanya melibatkan ramai lapisan masyarakat dan memberi impak. Pendek kata kerja UMNO kat sana semua semua menanam benih kasih dan persaudaraan. tak macam kat Langkawi......

Yang akan menang dalam pemilihan uMNO bahagian tidak akan terus menang. Yang kalah rasanya akan dipinggirkan dan terpaksa dipinggirkan. Laluan kena bagi kat orang lain pulak. Semua ada kelebihan dan kelemahan. Yang keluar universiti ramai dalam umno....cuma peluang saja agak terhad. Puak-puak ni kalau di beri peluang rasa cucu boleh jadi pemimpin yang kita inginkan. Mengaji tinggi ditambah dengan kebijaksanaan. Bukan mengaji saja tinggi tapi tak bijaksana , lemah, mudah dipergunakan orang, berikiran sempit dan negatif .

Tu la bila kuasa menjadi target ........ maka mereka akan memikirkan cara hatta cara itu boleh menjahanamkan parti sekalipun mereka kurang ambil pusing......yang penting mereka menang. Lepas menang kita cakap perpaduan parti. TU la lagu depa sejak sekian adanya. Cuma irama dan lagunya saja digubah semula.

UMNO kat Langkawi perlu 'self branding' ..... tak perlu rebranding. Yang tak berfungsi tu.......ucapkan terima kasih atas khidmat mereka selama ini. Tak perlulah diberi kerusi di bahagian. Tak perlulah dipilih dan dilantik. Orang la ni ada mata...ada telinga...cuma depa tak mau cakap ....malas......mungkin kalau cakap pun tak mambawa apa-apa makna. Diam sajalah. Kita bimbang puak2 ni depa protes dalam pilihanraya ke 13. Kerja buat UMNO kena bermula spanjang masa...bukan bermusin. Orang muda melihat kepada parti yang memahami aspirasi dan dapat menyelesaikan masalah mereka. UMno perlu melihat dan mencermin diirinya untuk kelihatan 'segak dan kema's" dan menjadi icon kepada generasi pelbagai.

Biarkan kita dipilih atas keyakinan dan kepercayaan khalayak kepada kita....atas kerja buat kita, atas personaliti mantap......dan elemen-elemen lain yang kontraktif lagi positif. Bukan kerana sogokan wang ringgit, b
ukan kerana sogokan pingat dan jawatan, bukan kerana sogokan politik, bukan kerana sogokan material.
Kita bimbang sogokan2 ini akan membawa kita serta parti kita kearah kebinasaan dan kemusnahan.
Sesungguhnya pesan orang tua-tua kepada anak cucu.

" Jerat takkan lupa pelandok....pelandok selalunya akan lupa akan jerat
" Jangan biarkan diri kita terjerat kerana kesilapan yang boleh dielakkan. Hingga JUmpa lagi. Wassalam.




1 ulasan:

SarfarizmalMS berkata...

Semoga politik wang akan terkubur suatu hari nanti dan semoga politik baru@politik bersih akan muncul